Monday, 6 August 2012

Barang hilang.


Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah








Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali bahawa pada suatu hari nabi Isa a.s telah berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.


Apabila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, " Wahai nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberikan kepadaku sebesar semut Jarrah cintaku kepada-Nya.


Berkata nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan berdaya untuk satu Jarrah itu.
Berkata pemuda itu lagi," Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintakanlah untukku setengah berat Jarrah.'


Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaaannya kepada Allah, maka nabi Isa a.s pun berdoa,"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu". Setelah nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Jika hanya dengan setengah berat semut Jarrah rasa cinta kepada Allah, membuatkan pemuda itu seperti orang gila, maka tanya pada diri berapa dalamkah atau seberat apa rasa cinta kita kepada Allah? 
Fikir-fikirkan sahabat. Sama-sama kita muhasabah diri dan memperbaiki diri.


Sunday, 5 August 2012

Cerita budak #2

Budak skin head ni namanya Azrai bin Azlan. Suatu hari, dia solat maghrib...

" Tadi, gua buka nasi ayam + air kelapa +air sirap + ayam percik Mak Cik Timan + kuih pelita Pak  Leman + bla bla bla", kata Azrai dalam hati.

Ketika azan Isyak......

"Allahu Akbar Allahu Akhbar!"
 Kedengaran azan Isyak tapi Azrai dah terlentuk akibat berbuka puasa dengan juadah yang terlalu banyak. 
-matleh-

Sunday, 22 July 2012

Bangun Sahur


Persediaan menyambut Ramadhan

Dengan nama Alah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum...
..Hari ini 2 Ramadhan bermakna sudah dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..dalam menyerikan bulan Ramadhan ini, persediaan yang rapi perlulah dirancang dengan sebaiknya agar bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini tidak berlalu begitu sahaja malah menjadi medan tarbiyah bagi diri untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. Di bawah ada beberapa cadangan persediaan bagi sahabat sekalian dalam mengisi bulan Ramadhan. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.

Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

Wednesday, 18 July 2012

Cerita budak #1

Seorang budak datang jumpa saya. Then, he said,
"Gua dulu budak skin head. Tapi sekarang gua nak taubat nasuha.
 Ramadhan dah nak dekat tapi gua mana pernah puasa. 
Apa niat puasa untuk bulan Ramadhan ek?





Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah Taala.
-matleh-

Thursday, 31 May 2012

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


JALAN MUJAHADAH ITU INDAH
Terimalah kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi,,dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai.

Jalan menuju Allah, ertinya jalan menuju ke syurga..syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana..sedangkan permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya.

Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran.. tetapi, apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang “bijaksini” rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana impikan dan inginkan kesenangan di sini(dunia).

Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah menerusi sabdanya:

“neraka itu dipagari dengan dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” –al-Hadis-





Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti, barulah “menuai”. Musim bertanam memanglah payah-mencangkul, membaja, menanam, menajga daripada serangga perosak dan bermaca-macam lagi kesusahan- apabila menuai, baru terasa nikmat dan seronoknya..

Dunia diumpamakan tempat “membayar” di akhirat nanti tempat ‘bermain’..pay now, play later. Bayar di sini. “berseronoklah” di sana. Apa sahaj di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti..

Orang mukmin, sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum dan berpindah lagi kepada iabadat sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah daripada satu ibaday kepada ibadat yang lain. Teringat pesanan dari Saidina Ali, “beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan”..
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW..

“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala, neraka dipagari keseronokan”






 wallahua'alam..  jum.... sama2 kita berusaha mencari redhaNYa.. insyaAlah..