Monday, 6 August 2012
Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali bahawa pada suatu hari nabi Isa a.s telah berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun.
Apabila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, " Wahai nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberikan kepadaku sebesar semut Jarrah cintaku kepada-Nya.
Berkata nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan berdaya untuk satu Jarrah itu.
Berkata pemuda itu lagi," Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintakanlah untukku setengah berat Jarrah.'
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaaannya kepada Allah, maka nabi Isa a.s pun berdoa,"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu". Setelah nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."
Jika hanya dengan setengah berat semut Jarrah rasa cinta kepada Allah, membuatkan pemuda itu seperti orang gila, maka tanya pada diri berapa dalamkah atau seberat apa rasa cinta kita kepada Allah?
Fikir-fikirkan sahabat. Sama-sama kita muhasabah diri dan memperbaiki diri.
Sunday, 5 August 2012
Cerita budak #2
-matleh-
Sunday, 22 July 2012
Persediaan menyambut Ramadhan
Dengan nama Alah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum...
..Hari ini 2 Ramadhan bermakna sudah dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..dalam menyerikan bulan Ramadhan ini, persediaan yang rapi perlulah dirancang dengan sebaiknya agar bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan ini tidak berlalu begitu sahaja malah menjadi medan tarbiyah bagi diri untuk menjadi hamba Allah yang muttaqin. Di bawah ada beberapa cadangan persediaan bagi sahabat sekalian dalam mengisi bulan Ramadhan. Semoga amal ibadah kita diterima Allah.Persediaan | Cara |
Iman | 1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat). 2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan. 3. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya). 5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). 6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu). |
Ilmu | 1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa. 2. Membaca buku-buku penyucian jiwa. 3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan. 4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan. |
Dakwah | 1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan. 2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar. 3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan. 4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah. 5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan. |
Keluarga | 1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu. 2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama. |
Keazaman | 1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik. 2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa. 3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf. 4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat. 5. Sentiasa berlapang dada. 6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa. |
Jihad | 1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’. 2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur). 3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci. 4. Menahan syahwat dari perkara yang haram. 5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas. |
Wednesday, 18 July 2012
Cerita budak #1
Thursday, 31 May 2012
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Terimalah kesusahan yang sementara demi kesenangan yang abadi,,dunia tempat menyemai, di akhirat nanti kita menuai.
Jalan menuju Allah, ertinya jalan menuju ke syurga..syurga itu tidak ternilai harganya. Perumpamaannya umpama kaca dengan permata. Kaca itu murah dan mudah didapati di mana-mana..sedangkan permata itu mahal, amat sukar untuk mendapatkannya.
Sudah ditakdirkan, jalan menuju Allah penuh dengan godaan,ujian dan kesukaran.. tetapi, apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang “bijaksini” rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya kerana impikan dan inginkan kesenangan di sini(dunia).
Lupakah kita hakikat yang telah dijelaskan oleh Rasulullah menerusi sabdanya:
“neraka itu dipagari dengan dengan penuh kenikmatan dan keseronakan, manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” –al-Hadis-
Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti, barulah “menuai”. Musim bertanam memanglah payah-mencangkul, membaja, menanam, menajga daripada serangga perosak dan bermaca-macam lagi kesusahan- apabila menuai, baru terasa nikmat dan seronoknya..
Dunia diumpamakan tempat “membayar” di akhirat nanti tempat ‘bermain’..pay now, play later. Bayar di sini. “berseronoklah” di sana. Apa sahaj di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti..
Orang mukmin, sentiasa rela bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan. Hidupnya terlalu sibuk dengan ibadat. Berpindah daripada ibadat khusus kepada ibadat umum dan berpindah lagi kepada iabadat sunat. Begitulah sehari semalam, sentiasa berpindah daripada satu ibaday kepada ibadat yang lain. Teringat pesanan dari Saidina Ali, “beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan”..
Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW..
“syurga dipagari dengan kesusahan, manakala, neraka dipagari keseronokan”
wallahua'alam.. jum.... sama2 kita berusaha mencari redhaNYa.. insyaAlah..
Sunday, 25 March 2012
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman akan tampil sebagai salah seorang pembentang kertas kerja dalam Kongres Masa Depan Islam (KMDI) Siri 1 yang membawa tema “Kesatuan Menjamin Masa Depan Ummah”. Program ini akan berlangsung pada 25 Mac (Ahad) akan datang di Hotel de Palma, Shah Alam, Selangor bermula pukul 8.00 pagi.
Kongres ilmiah ini dianjurkan secara bersama oleh 3 buah NGO Islam iaitu Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukhuwah Ummah (ProMuslim), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT). Penganjuran KMDI bertujuan untuk menyeru dan menyedarkan umat Islam di Malaysia untuk bersatupadu demi masa depan, kembali kepada Allah dan ajaran agama yang sejati.
Penyatuan yang bakal dicapai dan dipersetujui (dalam bentuk konsensus dan deklarasi) melalui KMDI ini menggambarkan aspirasi dan pengharapan semasa keseluruhan masyarakat Islam di Malaysia terhadap kepimpinan Islam selaku ‘organisasi pelaksana’ yang bertanggungjawab menerajui kerajaan-kerajan negeri dan kerajaan persekutuan Malaysia.
KMDI dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Y.A.D. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib B Mohd Isa. Selain Ustaz Abdullah Zaik, turut membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Ismail Mina (Presiden MUAFAKAT) dan Dr. Firdaus Hanapiah (Naib Presiden ProMuslim). Kongres ini juga akan diserikan dengan forum bertajuk Kesatuan Menjamin Masa Depan Ummah.
Diharapkan melalui program yang dianjurkan ini akan dapat memberi manfaat kepada setiap individu muslim. InsyaAllah.
Sunday, 5 February 2012
Berharap....
Assalamualaikum buat para sahabat sekalian. Pertama sekali, ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat yang telah diberikan oleh-Nya iaitu nikmat masa lapang dan sihat. Semoga dengan nikmat yang diberi, dapatlah kita mengamalkan aktiviti-aktiviti yang membawa diri kita ke arah kebaikan.
Semenjak akhir-akhir ini, Pilihanraya Kampus sudah seminggu berakhir. Calon yang menang sudah diumumkan. Portfolio yang akan dipegang sedang dirangka. Ada yang menanti-nanti berita selanjut dan ada juga yang kecewa akibat calon yang mereka sokong tewas. Namun, persoalan ini harus dijawab, "Adakah benar niat menjadi pemimpin itu kerana Allah?" "Sudah bersediakah menjadi pemimpin meskipun tidak ada pengalaman mahupun tak layak menjadi contoh kepada para pelajar?"
Semenjak akhir-akhir ini, Pilihanraya Kampus sudah seminggu berakhir. Calon yang menang sudah diumumkan. Portfolio yang akan dipegang sedang dirangka. Ada yang menanti-nanti berita selanjut dan ada juga yang kecewa akibat calon yang mereka sokong tewas. Namun, persoalan ini harus dijawab, "Adakah benar niat menjadi pemimpin itu kerana Allah?" "Sudah bersediakah menjadi pemimpin meskipun tidak ada pengalaman mahupun tak layak menjadi contoh kepada para pelajar?"
Soalan pertama yang saya timbulkan telah terjawab pada entri yang lepas. Namun, timbul pula persoalan kedua tentang kepimpinan. Barangkali, 'mindset' kita beranggapan contoh ini hanyalah kepada pemimpin dalam sesuatu organisasi Islam. Namun, Islam itu telah tersemat di dalam hati kita. Jadi, bukanlah atas dasar 'Islam' diselitkan pada sesuatu badan pengurusan menyebabkan contoh terbaik itu terletak pada majlis kepimpinan. Mungkinkah fahaman sekular terserap dalam diri kita? Saya berharap tiadalah berlaku. Renung-renungkanlah bersama.
Sunday, 15 January 2012
What do you mean?
السلام عليكم
Pertama-tamanya, marilah kita merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada Allah Subhanallah Ta'ala atas nikmat yang paling besar kita terima pada hari ini iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.
Brothers and sisters,
Mungkin ada yang tertanya-tanya mahupun terpinga-pinga tentang sebaris kata-kata hikmah ynag tertera di awal blog; When you stop learning, you stop leading. Untuk makluman semua, falsafah yang diketengahkan itu terdapat di dalam buku Nota Hati Seorang Lelaki karya Ustaz Pahrol Mohd. Juoi.
Penulis telah memberikan sebuah gambaran bahawa apabila seseorang insan berhenti untuk belajar sesuatu, maka dia akan berhenti memimpin sesuatu. Inilah kata-kata atau pegangan yang digenggam dengan erat oleh Ustaz Pahrol. Ya, saya bersetuju dengannya. Kita akan menjadi sukar untuk menjadi pemimpin jika kita tidak pelajari daripada orang lain. Bukan sekadar ilmu agama sahaja malahan teguran, nasihat serta pengalaman boleh menjadi guru kita dalam memimpin. Memimpin bukannya dalam skala yang besar tetapi sekurang-kurangnya memimpin kepada diri sendiri.
Wallahu a'lam.
Monday, 9 January 2012
Alhamdulillah, akhirnya....
Assalamualaikum buat semua pembaca yang dikasihi. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan hidup yang panjang. Semoga nikmat yang telah kita terima ini dapatlah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, blog ini buat pertama kalinya telah tertubuh dan dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan serba sedikit informasi tentang isu semasa sama ada di dalam kampus mahupun di luar kampus.
Memimpin dan dipimpin itu elemen yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini bererti Majlis Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa ITC Gen 7 sesi 2011/2012 telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Oktober 2011 pada masa yang sama berlakunya pembubaran organisasi sesi 2010/2011. Berikut adalah carta kepimpinan tahun 2011/2012:
Memimpin dan dipimpin itu elemen yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini bererti Majlis Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa ITC Gen 7 sesi 2011/2012 telah ditubuhkan secara rasminya pada bulan Oktober 2011 pada masa yang sama berlakunya pembubaran organisasi sesi 2010/2011. Berikut adalah carta kepimpinan tahun 2011/2012:
Carta Organisasi Intelligent Teacher Circle Gen-7 2011/2012
Pengerusi
Mohammad Saifullah Hanif bin Md Nawi
Naib Pengerusi
Afifa Rawida binti Ideris
Setiausaha
Mohd Azrie bin Abd Rahim
Naib Setiausaha
Surianita binti Naswar
Bendahari
Muhammad Affandi bin Md Ujang
Naib Bendahari
Nur Shuhada binti Sahak
Lujnah Tarbiyah dan Kepimpinan
Muhammad Mursyid bin M Noor
Siti Nurhidayah binti Zaidi
Lujnah Ukhuwah dan Kebajikan
Muhammad Syamsul Anuar bin Othman
Siti Zulaiha binti Elman
Lujnah Informasi dan Penerbitan
Muhammad Dhiyauddin Solihin bin Husaini
Airat Kemuning binti Ali
Lujnah Dakwah dan Siasah
Muhammad Hafizuddin bin Ramli
Nor Aisyah Asyikin binti Harun
Lujnah Research and Development
Yazid bin Isa
Nur Nasuha binti Isa
Lujnah Dakwah dan Siasah
Muhammad Hafizuddin bin Ramli
Nor Aisyah Asyikin binti Harun
Lujnah Research and Development
Yazid bin Isa
Nur Nasuha binti Isa
Akhir kalam, semoga amanah yang diberikan kepada kita dapatlah dilaksanakan dengan sempurna serta tidak dijadikan sebagai batu loncatan untuk meningkatkan populariti kita. Renungkanlah bersama-sama lirik lagu pada rangkap terakhir yang bertajuk Aku hanya seorang Umar nyanyian Hijjaz:
Aku hanya seorang Umar,
Kemuliaanku kerana Islam,
Semua ke syurga kecuali dia,
Ku bimbangi dialah diriku.
Subscribe to:
Posts (Atom)












