Semenjak akhir-akhir ini, Pilihanraya Kampus sudah seminggu berakhir. Calon yang menang sudah diumumkan. Portfolio yang akan dipegang sedang dirangka. Ada yang menanti-nanti berita selanjut dan ada juga yang kecewa akibat calon yang mereka sokong tewas. Namun, persoalan ini harus dijawab, "Adakah benar niat menjadi pemimpin itu kerana Allah?" "Sudah bersediakah menjadi pemimpin meskipun tidak ada pengalaman mahupun tak layak menjadi contoh kepada para pelajar?"
Soalan pertama yang saya timbulkan telah terjawab pada entri yang lepas. Namun, timbul pula persoalan kedua tentang kepimpinan. Barangkali, 'mindset' kita beranggapan contoh ini hanyalah kepada pemimpin dalam sesuatu organisasi Islam. Namun, Islam itu telah tersemat di dalam hati kita. Jadi, bukanlah atas dasar 'Islam' diselitkan pada sesuatu badan pengurusan menyebabkan contoh terbaik itu terletak pada majlis kepimpinan. Mungkinkah fahaman sekular terserap dalam diri kita? Saya berharap tiadalah berlaku. Renung-renungkanlah bersama.



No comments:
Post a Comment